Ahlan wasahlan ...
Alhamdulillah hari ini kita telah masuk 24 ramadhan
semakin pantas masa berlalu meninggalkan kita .
rasa macam semalam menjelmanya ramadahan pertama .
24 ramadahn bermaksud kita sedang menempuh 10 ramadhan terakhir
yakni , dijanjikan salah satu malam dari 10 ramadhan terakhir
wujudnya malam yg dinamakan MALAM LAILATUL QADAR .
telah diriwayat kan beruntunglah bg hambanye yang mendirikan ibadah pada malam LQ .
dan rugilah bg mereka yg mensia siakan malam seribu malam yg penuh keberkatan .
SubhanaALLAH ,
dalam bulan ramadhan ni aku memang pay attention sikit ,
bulan beribadah of cos ,
setiap kali ramadhan aku akan make sure AL-QURAN tidak dilupakan ,
Alhamdulillah sepanjang aku hidup 20 tahun ni sudah 3x aku khatam AL-QURAN *>.<' sikit kan *
Ayah selalu berpesan ,
"AL-QURAN adalah penawar .
dampingi AL-QURAN ,
InsayaALLAH
jiwa adik akan tenang *sokong sgt*,
hidup berkat,
diredhai ,
dan dipermudahkan setiap urusan ."
tapi biasa lah aku ni manusia biasa
kadang2 sebulan tiap2 lps solat maghrib aku akn baca AL-QURAN
tapi sometime malas jugak >.<' .
jadi jgn tiru macam aku tao ,
aku ni jahil sgt
bila tersedar baru nak baca
bila berlaku buruk baru nak ingat ALLAH
time nak EXAM baru nak takut2 ,
baru nak selak and baca QURAN nagis2 .
kita sepatutnye mendapingi tidak kira ketika senang mahupun susah .
ingat cik anis
JIKA KITA INGAT ALLAH , NESCAYA ALLAH JUGA AKAN MENGINGATI KAU .
cakap pasal AL-QURAN teringat ayat sentap
sampai sekarang bila aku tgk AL-QURAN aku akn ingat bende neh
"daripada kamu sibuk2 baca novel tebal2 , baik kamu baca tafsiran ayt AL-QURAN ,
ian nye lebih bermanfaat malah lebih menarik , lg pun kisah AL-QURAN semuanya benar2 belaka,
tidak seperti novel yg kamu menghadap yg direka dan melalaikan"
ada usatazah masa aku form 2 nasihatkan ,
masa tu biasa la time lps exam mesti relax main uno la , congkak la
tapi time tu aku kemaruk novel ,
time tu ustazah tu ganti kelas ,
then dye tgk aku ni kusyuk sgt
haaa tu yg ditazkirah kejap
terima kasih ustazah sampai sekarang saya ingat dan
Alhamdulillah kerana nasihat itu
aku suka sgt AL-QURAN jenis ada tafsiran nye sekali
sbb bole la time mengaji dapat la pengetahuan sikit .
jom la try sekali
sikit pun jadi dari tak dapat apa2kan :)
nak cakap pasal hikmah membaca AL-QURAN
mmg tak akan kesudahan
sbb jika nak dinyatakan mmg tak terkata
terlalu banyak
setiap surah mempunyai cerita dan penawar bg mereka yg mengamalkan .
nanti InsyaALLAH
kalau aku berkesempatan boleh la update tentang fadhilat setiap surah dari KALAMUALLAH :)
oleh itu , marilah kita membaca AYAT SUCI AL-QURAN
kerana AL-QURAN adalah ubat bagi segala penyakit .
lagi2 di bulan yg mulia ni .
what Asraf Muslim did was so awesome ,
bersandarkan AL-QURAN untuk berikhtiar dari menyembuhkan penyakit ^_^' .
rajin2 lah tgk tv9 bile time nak buka ,
slot pendek asraf akan muncul untuk berkongsi pengetahuan :)
masih belum terlambat kawan2 ,
selagi ramadhan belum tinggalkan kita selagi itu kita masih mampu merebut
keredhaan dan keampunan dari MAHA PENCIPTA .
wassalam .. awfan ..





.jpg)
.jpg)