Friday, August 2, 2013

Kotak




Bismillahirrahmanirrahim
Ahlan Wasahlan
officially title blog bertukar kepada "Luar dari Kota"
jika selama ini diri terperap menjadi jeruk
makanya sekarang langkahnya untuk berubah

"kotak" simbolik fikiran, minda atau lebih tepat cara berfikir .
"Luar" simbolik luar biasa atau lain dari yang biasa.
awas, bersederhana setiap apa kita lakukan
agar elak obsesi terlampau
luar biasa ke arah positif bukan negatif.

luar dari kotak bukan seperti
seorang perompak berfikir strategi untuk merompak bank
ya memang extraordinary but terribal





tapi luar dari kotak seperti Thomas Alva Edison
pecipta lampu mentol
yang dulu dipandang aneh
kini menjadi pencerah bumi di waktu malam
lain dari lain yang dapat sumbang bukan sahaja diri sendiri tetapi kepada orang lain.


banyak lagi tokoh boleh dijadikan contoh
terutama sekali Rasulullah S.A.W .
paling busuk2 pun mungkin contoh tu datang dari sekeliling kita.
adik sepupu kita yang guna gigi untuk memutuskan benang dikala gunting hilang entah ke mana .
hahaha .

jadi orang yg "luar dari kotak" ni mmg kadang2 di pandang peliks
nak jadi peliks kena ada ilmu
tak ada ilmu kau bukan peliks tapi gebang .
kau ingat pakcik thomas tu boleh tiba2 ada idea nak cipta lampu
mesti lah dia ada ilmu serta aspirasi luar dari kotak itu buatkan dia pencetus mencipta sesuatu.

kita, apa yang kita fikir.
persepsi, tiada siapa boleh ubah.
melainkan diri kita sendiri.

tammat.

Tuesday, July 30, 2013

Boros .

Boros

salah syaitan atau nafsu?

Realiti atau fantasi

Benar atau dusta 

Cakna atau lalai

selagi syaitan rajin menghasut, nafsu mengikut perintah, diri gagal mengawal 
Terima hakikat, manusia dan boros berpisah tiada.

cuma beza boros manusia antara manusia adalah kawalan diri

kau gagal urus nafsu kau, usah menjaja nafsu puncanya
diri kau, kau sendiri kawal, orang lain hanya mampu memberi nasihat mahupun penghasut tegar.


si lelaki usah bebal menuding jari kepada si perempuan
begitu juga si perempuan usah bersuara lantang memaki si lelaki
selagi kau bergelar manusia. lelaki perempuan berpotensi untuk boros.

Konsep boros

pertamanya
bermusim.
Kerana boros ini akan berlaku hanya pada waktu ada duit
Kalau tidak ada duit, celah mana hendak berboros .























keduanya
barang yang dibeli.
Boros terfaktab hanya pada selain barang keperluan.
Apa itu barang keperluan?
Iaitu barang wajib beli untuk menempuh kehidupan seharian.
harus ingat!!!
Ada beza barang keperluan dan barang kehendak.

konsep boros ada percanggahan sedikit dengan kemampuan

contoh :

beras biasa = barang keperluan
beras faezah (berjenama mahal) = barang keperluan

apakah beza barang keperluan ini?
tentulah kemampuan

mudah konsepnya
dua peraturan .
selagi mampu dan barang dibeli akan digunakan sebaiknya
ia bukan kategori boros

ikut orang ,
ada orang tu tahapnya beras biasa dia mampu
orang lain tahapnya beras berjenama gitu .

kalau awok tu mampu beli beras biasa lepas tu menggedik beli beras berjenama, awok dikira boros .
bukan maksud orang kurang mampu tak boleh beli beras jenama .
beli lah sekali sekala .

macam mak aku beli beras basmati kalau nak masak nasi lemak , beriyani dan sebagainya. hari2 biasa kami tibai beras cap rambutan .


Bukti?

Tidak perlu diulas
Ya aku malas
Malas kerana terlalu banyak untuk diberi contoh
Lagi-lagi menjelang perayaan
Tepuk dada tanya selera
zaman sekarang, usah terkejut jika....
dompet yang terisi duit kertas 100 ringgit Malaysia
berapa minit sahaja boleh bertukar ke kosong sen
oh mungkin boleh jadi hanya sesaat .
logik?  Anda sendiri tengok cermin.


Alasan dan kategori

  • Minat /citarasa / hobi


“Aku minat jenama ni, dah banyak koleksi dia aku kumpul. Berapa harga nya aku tak kisah”

Akhirnya berlonggok barang terkumpul di suatu sudut atau almari, paling tinggi martabatnya duduk di dalam papan kenyataan berkaca. Pakai sekali simpan seribu tahun.

Tak salah ada hobi. Jadi salah bila hobi yg membawa pembaziran dan tiada sumbangan kepada diri sendiri 
apatah lagi masyarakat.

  • kualiti

“eh tak kan nak beli beg down town, tak tahan lama, tak sampai sebulan terkoyak”

Kualiti bukan boros kerana boros ini untuk sesuatu yg dibeli tapi sia-sia. Bagi aku ini positif. Ada logik untuk kualiti. Contoh beli jam tangan kalis air, petir dan sebagainya. Beratus harganya , pakai sampai mewarisi ke cucu cicit. Ini baru menyumbang kepada diri serta masyarakat.

  • Berlagak / trend / terpengaruh

“apa barang pasar malam, kasut ni special edition butik tet tet tet tau”

Impak bagi berlagak dan ikut trend ni sama dengan impak bagi minat, citarasa dan hobi.

ada pesen manusia biar nampak stylo. luar nampak segak, baju berjenama luar negara, malang poket kering ke shooping complex. lalu betempekan lah mereka dijalanan jadi bahan pameran fesyen terkini. berlagak lah tu.

entah apa yang di kejar trend tu . trend tu dah la bertukar ikut semasa . habis trend tu kau ingat dalam sebulan ke nak comeback balik, mau sepuluh tahun. entah2 masa comeback tu baju tu dah tak muat gamaknya .

  • mampu


“aku ada duit, aku mampu.”

Kemampuan bukan satu tiket untuk memboros. Aku faham kau ada duit, sukahati kau mahu uruskan. Duit titik peluh kau kan.

Tapi dah kalau buka almari, atas sampai bawah berjenama, satu barang nilai beratus beribu, dah tu jarang guna pulak tu. kalau barang tu kira lamsum dijual balik boleh dapat beratus beribu jugak lah.

itu kau kata tak boros?.

  • kepuasan sendiri


"penat aku bekerja, bila dah dapat gaji aku nak la beli barang kepuasan aku"

aku pasti korang cakna nafsu ni kalau layan tak pernah cukup tak pernah puas dan tak pernah berpenghujung.

tanya diri betul ke kau pandai kawal "kepuasan" tu?
hari ni kau puas esok kau cari kepuasan lain. puas semalam kau campak mana?

oh ya ada jenis yang "kepuasan" dari segi makanan.

aku mengaku aku juga jenis sebegini .
ada rezeki ALLAH. aku share dgn keluarga family. belanja makan.
makan sedap2. hari tu je la bukan hari2. 

kadang2 aku buat "the day" maksudnya reward time. aku akan reward diri aku untuk tujuan motivasi.
contoh: "kalau dapat A subject ni, aku nak makan sushi king" . tak dapat A menganga je lah .

ada orang cakap "apa jadah reward pergi makan. makan makan keluar jadi taik jugak.
beli lah barang yg tahan lama dan sentimental value" .

itu boros aku . aku mengaku .

Dimana situasi anda . anda sendiri jawab. 

tips

bangkit isu tiada solusi hanya omong kosong.

pertamanya
perancangan

sebelum membeli belah
buat perancangan teliti
lebih baik servey harga
bezakan mana barang keperluan dan mana barang kehendak
penting sangat .
buat keputusan bijak


keduanya
kawal minda

perancangan tanpa kawalan nafsu dan minda . gagal.
ikut perancangan . jgn sia-siakan usaha anda mengira bajet .
ikut nafsu satu kedai nak borong kan
ikut iman anda akan behave. insyaALLAH .


ketiganya
bersederhana lah
setiap apa yang anda beli dan sebagainya 
bersederhana lah.
muhasabah diri
bersyukur
pandang orang lain yg jauh tidak mampu seperti diri kita

bermewah ke mana sajalah nak di bawa .
ke lubang kubur juga kita nanti.

renung-renungkan lah . Selamat shooping raya korang .

tammat .

Thursday, May 30, 2013

Inspirasi


30 May 2013

lama benar tidak berusik

jika blog ini adalah rumah 
mungkin berlumut dindingnya, berhabuk perabotnya,  
dan mungkin rumah yang ditinggal lama ini dihuni bukan lagi manusia tetapi makhluk ALLAH yang lain. 

terlalu banyak kisah yang berlaku
ada masa insyaALLAH diceritakan.

setelah menyepi dari menulis
hari ini tiba-tiba aku ingin menulis
aku tahu korang tertanya apakah faktor utama yang membuatkan aku  terpanggil untuk kembali menulis .
jawapan nya adalah

"aku  tidak tahu"
ha ha ha ha ha ha
*gelak besar*

memang tidak logik 
macam mana kita tak tahu apa yang kita rasa kan 
mungkin
kita tahu, cuma kita tidak tahu,
tidak tahu bagaimana ingin terjemahkan

sebenarnya 

kini aku mula tersedar
aku dikelilingi orang yang luar biasa 
terasa diri ini kerdil dan mundur

aku  dan dia sebaya
tapi jika dibanding aku  dan dia
aku  cukup jauh ketinggalan

jika dilihat dari segi apa persamaan antara kami

otak, dua biji mata, dua lubang hidung, dua pasang tangan, dua pasang kaki
ya aku  ada, dia pun ada, manusia yang sempurna sifatnya
sempurna dari segi kurniaan ALLAH berikan
sama sahaja

faktor umur itu yang menimbulkan persoalan dalam diri aku

kenapa aku tidak seperti dia?
sedangkan kita sebaya
kau 21 tahun aku pun 21 tahun

terkilan
bukan kerana dia
tetapi kepada diri sendiri

dia menggunakan kurniaan yang ALLAH berikan dengan begitu baik
sedangkan aku ?
kini aku sedar betapa tidak bersyukurnya aku.

meminjam kurniaan ALLAH tapi tidak menggunakan dengan baik

sudut apakah yang mendorong kepercayaan aku tentang kemunduran aku?

"cara berfikir"

ya cara kami berfikir

salah aku kerana malas membaca
terlalu memilih bahan bacaan
jika minat
baca
tak minat
pandang buku macam sampah
pemalas
nak baca bahan bacaan yg konon menghiburkan hati
konon serabut baca buku terlalu ilmiah
inilah gamaknya
jadi diri kau sekarang anis
21 tahun tapi otak kosong berhabuk berkarat
apa beza kau dengan budak tadika?
ya mungkin kau hebat sikit
hebat sebab hidup lebih lama dari mereka

sadis sadis sadis

lihat sahaja entri blog aku dan dia. sungguh berbeza.
entri aku sebelum ini sungguh memalukan
lansung tak matang
tetapi
bukan isu blog sahaja , banyak faktor lain.

tidak sesekali berbau cemburu 
berbekalkan pembelajaran personality development
aku cakna faktor yang menjadikan dia diri dia sekarang

cuma aku terfikir 
tentang diri aku
apa perbezaan anis dahulu dan sekarang
apa yang aku capai
apa yang aku jalani
apa yang aku pelajari


harus berubah
berubah mengikut kesesuaian umur sepatutnya aku bertindak


salah faham
usah disalah tafsir

pertama

aku  bukan ingin menjadi seperti dia mahupun orang lain
tetapi ingin menjadi diri aku
ANIS SAIEDAH YAHAYA yang kenal siapa diri nya
apa sumbangan nya kepada dirinya sebelum sumbangan kepada orang lain
sekurang-kurangnya kenal diri sendiri  

kedua

secara rasminya
aku akan kembali menulis dengan cara yang baru

entri yang mengupas isu yang berfaedah dan bermakna
mungkin satu entri tu serius 
dan satu entri itu lebih sempoi dan santai
maka usah salah faham

bahawa aku akan sentiasa serius konon berlagak matang
muka kerut bibir ketat senyuman kelat

oh itu bukan aku
aku juga orang yang kurang siuman kadang kala
hahahaha

ok nampak tak siuman di situ
hahahahaha

setiap manusia tidak sempurna
begitu juga aku 
ada kala aku  gila
ada kala aku normal
ada kala aku serius

jangan risau matang aku bertempat

ketiga

dia yang aku  maksudkan dan ceritakan
bukan faktor aku suka atau minat dia
korang fahamkan maksud aku
tetapi apa yang lebih ingin dibincangkan adalah
suka untuk menjadikan inspirasi

dan

bukan dia sahaja aku maksudkan
tapi ada dua orang lagi
dua-duanya sebaya aku

dua dari mereka lelaki dan satu dari mereka perempuan
terima kasih ya ALLAH
kau pertemukan aku dengan mereka bertiga

konteks "inspirasi" itu general
asal dia memberi impak kau ke arah lebih baik
dia inspirai kau
walaupun dia bukan tokoh terkenal
mungkin dia adalah kawan kau
atau pun
mungkin dia adalah musuh kau

tapi korang perlu tahu yang ini
Rasulullah SAW adalah sebaik-baik inspirasi untuk kita



tamat



Saturday, December 29, 2012

ketuk - ketuk unimas episod 6 : Sordons Daley Ting


Assalamualaikum
saya kembali dalam sesaat
setelah update episod 5 tadi
haha
memandangkan tenet tengah laju ni
memang tak la aku lepaskan untuk mengadepkan belong e neh

ok tadi kami super trio*aku,kak liyana dan dee haha*
masak untuk makan tgh hari
wahahah

aku dah janji kan 
nak tunjuk aca no nak masak sardin
kat siapa yg hentuk kepala kat dinding
sampai darah2 
dalam  ketuk -ketuk unimas  episod 3 tu
sbb tak pandai masak sardin 
hahaha

so mai mai mai 
krang krung mak medai pak medai
whahahaha
*sory spontanios termencarut dalam bahasa thailand*
wahaha

masak sardin ni senang je 
basic korang perlukan

sardin
letak kan kat dalam mangkuk yea

then tin jgn buang
masukkan air masak kat dalm tin tu
kasi penuh tau

sardin murah je ok
student kan
3.20 hengget je ok
yang kaya tu beli la brand lagi best ok

sebenarnye dah ada
sardin , air dan garam
korang tumis 
dah jadi lauk sardin
disebabkan kami ni terlebih master dan ber phd sakan
kami buat style lain
haha
lain org lain style ok

kami buat style ni pun sbb barang dapur banyak
kire misi nak habiskan barang dapur sebelum cuti sem

ok untuk tumis style kami
korang perlukan
macam biasa si putih dan si merah


serai 2 titik, i mean 2 batang yg telah di siang dan ketuk

ubi kentang , korang potong dan goreng dulu ok

dah masak ubi kentang tu
korang masukkan serai dan adik beradik bawang tadi
tumis sampai naik bau 


then masuk kan sikit paste cili boh


tumis lagi sampai garing 


ok lepas tu masukkan
air yg dalam tin sardin tadi
dan kuah sardin je
ikan sardin tu tak yah masuk kan lagi


ok
depent la sapa yg nak hancurkan ikan tu 
bole je masukkan dulu
tp bg yg tak nak hancurkan
masukkan selepas kuah tu melegak ok



dah melegak , nak kasi kuah pekat ,
kami masukkan sikit bancuhan tepung jagung dan  limau
masukkan garam secukup rasa
dan
siap kuah sardin nye ha

masak la nasi 

jeng jeng jeng

terima lah 

"Sordons Daley Ting"
a.k.a
sardin dalam tin


makan dengan nasi panas2
pergh wa cakap lu 
terangkat
macam makan atas angin
ok itu tipu 
hahaha

ok itu saja 
senang kan
so lepas ni tak payah nak hentuk kepala kat dinding lagi
hahahah

selamat mencuba si penghentuk kepala ke dinding

:)

ketuk - ketuk unimas episod 5 : Bihons Gorengs Jerrpuns


Assalamualaikum 

wheeeee
tengah hari semalam 
geng "gadis2 tinggi" *accept dee pendek haha* 
p/s: geng gadis tinggi terdidri daripada aku , dak iffa, dak intan , dak miera dan dak dee 
 dan kak liayana*housemate aku*
 serubu rumah 

konon nye nak masak eh nak study hrm hehe
al maklumlah Encik Abang Ehsan
bagi tips ciput bebenor
so study pun kene extra la kan 

 dah dok perah otak 
meimei menipu  perut memasing tak berkeroncong kan

so lahir lah idea 

"Bihons Gorengs Jerrpuns"

kali ni dak dee yang jadi ketua chef
aku kurang sikit masak bihun goreng biasa
so aku dengan dak intan jadi asistent chef
tugas kami potong bawang
hiris bawang
celur bihun
angkat pinggan
anggkap cawan
basuh pinggan kotor
dan
tukang rasa masin ke edok
wah wah wahhahha




bihun yg akan di goreng kan kosong habis 
tu yang kene ada makanan pelengkap 
pemangkit selera 
heheh

kami ada 3 hidangan pelengkap bg bihun goreng ni iaitu:

ok jom tgk hidangan pelengkap dulu


first 

 ikan bilis  goreng


korang buang taik ikan bilis dan cuci dan goreng garing yea



second 

sambal kicap

cik farah liayana
katanye kalau org tanye nama dye 
dye akan jawab 
"saya salena gomez"
wahahah lawak jeh 
ok dye buat kicap pedas
entah macam mana dye bertukang sampai kicap sambal tu mcam kicap sambal ikan bakar 
wahaha


third

telur dadar

dak iffah
goreng telur dadar
tedap sbb akak kita masak dengan penuh kasih sayang
telur dadar tafa gebu sebab campur sedikit tepung jagung
aku yg kasi tips tu tapi
entah dari mana aku cilok tips goreng telur dadar letak sikit tepung jagung
aku lupa siapa yg bilang sama aku
wahahahah

lastly

teh o limau panas

 dak miera tugas dye 
kene buat air teh o limau
wow serius sodap
kira miera update sikit la status
 "kakak2 pembacuh air kat warung"
kami bancuh air untuk minum sendiri jer
he he he


ok habis hidangan sampingan
mari masak hidangan utama

ok tumiskan

si merah si putih

3 sekawan : sos temato , kicap manis , sos tiram

dan paste cili boh *gambar yellek haha*
tumiskan mereka
sehingga garing
then masukkan

air masak

jadi lah begini

ops masa tengah tangkap pic ni belum melegak lagi hehe
dan
masuk kan garam secukup rasa

sementara melegak celur bihun tu sampai jadi begini

jgn keras atau lebik sgt 

then kuah tu dah melegak masukkan bihun
jadi macam ni


goreng sampai kering atau lebih tepat sampai bihun tu masak
memang lama sikit la
sebab guna kuali jenis periuk nasi kan

dah siapppp
mari menghidang



ambil pinggan kosong
btw aku suka giler pinggan jenis ni
klasik sgt
dan
teringat kampung 
arwah embah ada banyak pinggan jenis macam ni
tapi aku byk kali pecah kan
hahah

ting

hias la sikit 
nak masuk blog la katakan 

"Bihons Gorengs Jerrpuns"
a.k.a
bihun goreng jer pun
tak payah nak jepun sangat la kan haha



ok tamat la suda memasak untuk semalam hari
kami semua makan dengan gembira sekali

tetibe rasa macam kami dah testing mcm mana duduk luar
wahahah
harap2 dapat kolej untuk next sem ~.~' 

wasalam






Friday, December 28, 2012

ketuk - ketuk unimas episod 4 : Trio Ladoses Hotams

Assalamualaikum 

nak citer sikit neh

just imagine

 aku dan dee
dah beria
konon nak mkan tgh hari 
nasi putih dan black paper paket yg mak dee post dr semenanjung
kalau black paper paste tu sedap kalau masak dgn ayam kan
so konon cadang nak keluar beli barang dapur

kat sini kalau kete sewa mesti mini 3 jam
ape kejadah nak sewa sampai 3 jam
 semata nak beli ayam n barang dapur yg habis kan

tetibas kami notis
yg housemate kami ada keluar the spring*kat kl mcm time square*
nak pesan rasa menyusahkan
sbb ayam la bawang la apa la 
so kami plan 
selepas dorang habis gune kereta
 keteorang nak sambung gune kete tu dlm satu jam 

 time tu gembira sakan
sbb masakan black paper akan jd kenyataan
kecur air liur meleleh wa cakap lu

tu la orang kata jgn menggediks nak gembira sgt
bende yg saited tu la yg mengecewakan kita

ok sambung citer

bertambah dramatik 
nak nampak keke halangan yg berlaku
bila kereta yg dorang pandu kehabisan minyak dalam unimas
*ok nangissssss T~T'*
sikit lg nak pass kete tu kat kami
sudahhhhhhhhh

dorang terlepas target
ingatkan sempat pass kat kami
tp ya kita hanya mampi merancang
tp ALLAH izinkan

aku percaya ada hikmah 
bila di fikirkan kalau la dorang dah pass kete tu 
then tibe2 mati enjen tengah jalan
kan dah susah
thank you ALLAH 
all story that created got HIKMAH
just tadah tangan dan ucap syukur

oh ya tak semudah itu cerita hari tu tamat
kami tak putus asa
hahaha
nak jugak makan ayam black paper
so 
try tanye abg farabbi kalau ada kereta
ALHAMDULILLAH ada
tp malam la

so pap pup pap pup pap

kitaorang balik dari keluar beli barang dapur
dalam pukul 10 malam mcm tu
then terus rush masak and so on
 sebab kepala pening dan perut tak faham bahasa asik berbunyi
mana tak nye dari pagi makan bende ringan je
semata nak tunggu makanan yg di masak untuk malam  

which is
.
.
.
.
.
.
.

"Trio Ladoses Hotams"

why trio?
why why and why?
haha poyos je macam bende rumit sgt

why trio
sbb tiga
ada tiga hidangan yang berasaskan  Ladoses Hotams


basicly ni la bebahan nye

first hidangan

"Drumstika Sexy Mexy Ladoses Hotams"

korang perlu kan
the sexy mexy ayam
wehewww bogel tu
oh make sure rebus dalam 10 minit yea ayam ini


then bancuh telur 2 bijik


ambil bahagian drumstika
sbb bhagian lain nak masak hidangan yg lain



wow my sexy mexy mandi dalam tab ber-air-sabun-kan telur
ops shoo sory my sexy mexy dedahkan aurat kau haha

dah penat sexy mexy berendam skrg time untuk lumur dengan tepung segara yea 
ini lah tepung segera brand nona . like serius dah byk brand aku cuba
so far nona the best :)

hambek kau
dedah aurat lg
rasakan mandi minyak panas
 padan muka kau sexy mexy *tetibe*


my sexy mexy dak keyyiok
dan sedia di hidang
he he he he


second hidangan

"Bugrgerdells Ladoses Hotams"

step sama macam masak
Drumstika Sexy Mexy Ladoses Hotams
cuma kali ni tak gune si sexy tu
tp gune ubi kentang

rebus kentang sampai embuk
then korang lenyek2 kasi penyek
dan gumpal seperti ini
taruk garam sikit yea


mandikan macam si mexy tadi 
dan golek dalam tepung
then goreng sampai jadi macam ini



lastly masakan terakhir 

"Ayomas masako Ladoses Hotams"


minyak masak 
si puith dan si merah
ok jom menumis


menumis sampai garing dan naik bau uolls


pada sesiapa nak tahuk sgt macam mana naik bau
zoom kan dekat2 camera kat masakan
kalau lens camera korang berkabus seprti di atas
maksudnye dah naik bau la tuh
hahahah

then masuk kan

sos tiram
air 

ayam yang di potong kecil
ok kasi melegak sikit ok
then masuk kan

kobis bunga jenis hijau

and kami masuk kan sikit ubi kentang lebihan masakan Bugrgerdells

agak2 dah pokat macam gambar kat bawah ni

so boleh la hidanggg


semasa be busy masak 3 lauk tu
masak la nasi yea
bg yg tak tahu masak nasi tu
apa lg pergi ke cafe
dan beli nasi kosong


dah ready
hidang

"Trio Ladoses Hotams"
.
.
.
.
"Drumstika Sexy Mexy Ladoses Hotams"
"Bugrgerdells Ladoses Hotams"
"Ayomas masako Ladoses Hotams"



baca doa makan dan makan
see heaven kan hari ni
hasil ketidak keputusan asaan
ha ha ha ha
semua lauk berasaskan lada hitam
mmg lepas ni betapa kat tandas la kan
hahaha
ok guys selamat mencuba dan bergembira*ha ha ayat kuno*

wasalam